Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Paksa Hidup Ini Membangunkan Tidur II


LANDSKAP ROHANI


MASA BERTUKAR TELAH HADIR....

jika lewat menunggu masa
jangan ragu tuk kembali menguasa
cubalah berpuasa
dalamnya terkandung rasa
suatu rasa dari maha karya cipta
yang mencipta segala cinta

Dalam riang mana ada duka terlupa segala nestapa walau hindu itu membujuk kaku. Walau aku itu maju tapi engkau menahan hingga segala pagar runtuh di haluan. Tinggal sisa dari nista namun semuanya berlonggok. Tampak nista. Jalan ku Nampak kotor. Aku ingin membersihkannya. Perlahan-lahan aku menyapu. Debu-debu itu berterbangan bagai ada yang yang mengawalinya. Di situ aku makin dekat untuk cuba melihat betapa besar kuasanya menakluki diri ku.
Makin aku cuba berjalan satu persatu denai aku perhati.... ohh banyaknya kemucuk melekat di pakaian ku. Namun itu semua aku tak peduli. Terus berjalan. Akhirnya kemucuk itu menyucuk daging ku. Di situ aku terhent, lagi sibuk pula melayan kemucuk. Cukup membuang masa. Masa terbuang.
Pada jalan ini.... sungguh aku tak faham, sungguh aku tak mengerti. Sungguh aku mahu tahu. Tahu aku itu, bukan ketahuan pada jalannya. Tetapi apakah jalan itu bisa mentauhidkanNya. Jika aku berpegang pada jalannya pasti aku akan terleka dan terbuai dengan keasyikan alunan gemalainya. Namun sebenarnya ada cahaya petunjuk. Tak ku sedari. Tidak aku tak tahu menafsirnya. Aku bergantung penuh kepadaNya. Lalu aku serahkan sahaja segalanya kepada yang empunya kudrat. Semoga aku layak mengetahui jalanNya yang terahsia lagi terbentang luas. Luas pada rasa namun amat sempit pada fikir.
Lalu aku amati lagi jalan ini, namun aku terlupa yang mana harus aku lihat. Kerana terlalu lama melihat yang di luar sehingga terluput yang di dalam. Walau yang terdalam berpesan, namun aku sengaja melontarkan wasangka agar yang terdalam tetaplah terpencil di belantara. Kerana aku melihat di luar. Kerana aku menghiasi tidur. Lalu aku kembali ke belantara mencari denai-denai kecil itu dan bertanya apakah yang ingin di beritahu kepada ku. Bukan jawapan yang aku taksub, namun itulah jawapan yang mematikan segala jalan-jalan keletihan luar.
Jika aku kembali mentaati tidur nan mati, masihkah ada sinar di hujung jalanNya. Walau dia maha pemurah lagi maha mengasihani, namun pasti ada batasnya yang memisahkan rahmat dan kurnia. Kerana rahmatnya sentiasa menyirami diri aku ini, tetapi aku menepis rahmatnya masakan dapat aku akan pengurniaanNya. Hari-hari aku berlawan. Setiap hari aku di tawan. Aku tak tahu mengapa aku tak kuat menahan. Telah berkali aku bangun mencuci sawan. Aku malu mencungkil rawan. Akhirnya Dia berkata bertaubatlah hamba ku…. Hamba ku beristiqfarlah semahu Ku bukan semahu mu.
datanglah pada ku
kembalikanlah rasa ku
hidupkanlah cinta ku
matikanlah hendakku
lontarkanlah aku
jauh dari pelusuk kaku

2 comments:

Insan Marhaen on October 4, 2010 at 11:41 PM said...

IM tak suka pusing-pusingkan fikiran. kalau serabut IM tidur saja...

Zakir Lazarus on October 5, 2010 at 10:06 AM said...

jangan lekas mengalah(alpa) pada hari yang cerah kerana ketika mendung tiada siapa yang tahu adakah tibanya hujan atau tibanya akhirat. Namun engkau bangun lagi walau aku telah pergi masihkah ada hari yang menanti lagi.