Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





TANPA NAMA


LANDSKAP ROHANI


MASIH TERDENGAR NAMA
WALAU BERJUTA BERSUARA
BERHAMBUR KECEWA
MEMUJA RAYA
KELAM KELIBUT TIADA SUARA
MEMUJA…..
TANPA KATA TANPA SUARA
Hendaklah engkau sentiasa memenuhi hati dengan berzikir kerana itulah peringkat mubtadi bagi hambaNYA yang menujui diri menjadi salik. Dan tidaklah DIA perindahkan hati itu dengan hamunan nafsu yang tercela melainkan DIA abadikan degupan jantung itu dengan alunan zikirullah. Wahai hambaNYA hendaklah engkau pasrah dan redha di setiap jalanNYA yang bernama qhadak dan qhadar DIA dengan menyerahkan sepenuh hati mu terhadap DIA sehingga yang tinggal di hati mu hanyalah hiasan tanpa nama  yang engkau sendiri tidak mengetahui apakah namanya yang terlebih baik dari sekalian asmaNYA.
Jika engkau menjadi hamba adalah engkau itu amat berbeza dengan makhlukNYA yang lain kerana makhluk DIA itu adalah hambNYA yang DIA cukupkan pakai dan segala keperluan hidup. Namun engkau hambNYA yang akan DIA angkat menjadi insan maka pakailah dari pakaianNYA(LA MAUJUD BI HAQ ILLALAH) sehingga DIA mencukupkan keperluan mu sebagai hambaNYA yang bertaraf insan.
Hiduplah engkau dengan nafas DIA yang tidak berwarna itu. Begitulah engkau di atas dunia yang fana ini tiadalah engkau punya nama. Jadilah manusia yang sebaik-baik kejadian makhluk untuk melengkapi putaran kehidupan qhadak dan qhadar namun engkaulah jua yang memegang qhadak dan qhadar mu jika sesungguhnya engkau memijak kaki mu ke maqam insan.
Wahai hambaNYA hendaklah engkau menghiasi diri mu yang zahir dari kecelaan diri kerana itu lebih menjinakkan hati mu di khalayak ramai dan sesungguhnya celaan jangan kau hiasinya dengan kenistaan yang tersembunyi yang mana engkau rela di tawani dari nafsu mengadu domba yang amat halus. Sessungguhnya tidaklah tercela diri mu melainkan engkau telah menjerumuskan diri di dalam alam yang di hiasi kesunyian. Sesungguh khalayak ramai itu bagaikan jarum yang di hiasi racun yang berbisa tetapi ia juga adalah penawar bagi setiap pintu nafsu-nafsu mu. Oleh itu janganlah engkau sesekali mencela diri mu di hadapan khalayak cukuplah engkau mencela diri mu di hadapanNYA kerana sesungguhnya DIA itu maha mendengar lagi maha mengetahui.
Wahai hambaNYA hendaklah engkau berdiri di hadapan DIA lalu engkau berikrar di hadapanNYA. Lalu engkau mengangkat tangan mu  membenarkan kalimah shahadat. Membenarkan segala penafian di atas bumiNYA ini dan mengisbatkan DIAlah kehidupan yang mutlak. Wahai hambaNYA hendaklah engkau mentaati DIA sebagaimana DIA mentaati diriNYA pada mu.
Jika alpa menjadi sajian
Mana lagi sadar menjadi panduan
Dalam alpa bebas berterbangan
Namun engkau takut kehilangan
Kembalilah engkau membilang haluan

0 comments: