Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Bertemu Yang Berdiri


LANDSKAP ROHANI

Tidaklah engkau mengetahui wahai zakir ku tidaklah engkau mengetahui wahai hati ku dan tidaklah engkau mengetahui wahai insan ku melainkan telah aku tetapi bagi mu sempurna jalan yang lurus bagi hati yang ingin aku terangkan. Duhai hamba-hamba ku yang di kasihi tidaklah engkau mengetahui bahawa aku bukanlah kamu dan kamu bukanlah aku yang senbenarnya melainkan telah aku tetapi hati mu merelakan jajahan dan perintah atur ku ke atas mu dan ke atas kehendak ku. Lalu janganlah kau menangis dari kerana selain ku. Hendaklah engkau mentaati ku seperti mana aku mentaati urusan ku pada mu. Jika benarlah segala urusan adalah jajahan ku janganlah engkau mengenang kembali perbuatan mu yang telah lalu menjadi taatan bagi ku. Seeloknya keluarkan hati mu dan bersihkanlah hati mu bagai engkau membersihkan singgahsana ku. Berusaha dengan daya dan upaya ku atas mu.

Dan telah terbit dari hati mu tentang kedalaman dari cinta ku terhadap mu . tetapi tidaklah engkau tersadar dari ratapan ku atas mu melainkan terhijab dari hati mu tentang ku dengan segala macam alas an dan wasangka. Dan benarlah dikatakan bahawa engkau masih melighat sudut hati mu dengan hentaman dari lapangan hati yang mengeluh itu dan ini. Cubalah bertahan walau sesaat Cuma kembali bertafakkur kepada ku seandainya hati mu di tarik kiri dan kanan…. tenangkan hati mu jangan sesekali mengikuti kehendak yang batil dan jangan sesekali menuruti alasan dan prasangka kerana itu tidaklah beerti bagi ku

Jika aku amati
Tentang diri yang mati
Mana lagi sembunyi
Mana lagi menari
Tarian abadi
Hanya yang tinggal secebis duri
Dari himpunan nafsi

Seandainya aku cuba berlari ke barat ke timur dari alunan zikri tetap jua aku terpanah api ranjuna. Dan bergegas aku kembali menepis lagi menepis hingga yang tersisa hanya biasan. Tapi kini engkau izinkan aku bertemu dari kalangan yang berdiri agar dapat ku ratapi tentang diri yang ingin mati.

Jika benar kau ingin aku
Pasti aku ingin bertemu
dalam hati ratapi selalu
Biar api menjadi debu

Duhai hati yang  berduri ini janganlah kau derhakai lagi dari kelibat api ini biar ia terpadam terhenti. Dalam lelah ku tidaklah aku mengerti walau berjuta tersaji namun aku tak fahami. Tidak pernah aku fahami tidak aku mengerti mengapa terjadi hingga aku mati sekali jangan kata aku tak endahi. Telah aku cabut segala sembilu lalu hingga aku amat malu menatapi mu. Malu sekali pada mereka yang mengenali mu. Tak terdaya aku sembunyi melainkan hanya izin dari mu persembunyian, jika kehendak mu begitu mana daya aku berlalu hanya biar sahaja sesaat itu pasti yang bertalu-talu hilang berlalu.
Continue >>>

Menghiasi Segenap Mu


LANDSKAP ROHANI


Setelah begitu penat menjalankan tanggungjawab melayan pulak karenah diri yang tak pernah ingin berdiam seketika… itulah kesusahan yang payah untuk melihat kebathinan menjadi kenyataan apabila terlalu banyak di asak oleh kehendak-kehendak yang sukar di nafikan. Ketika malam makin mengembun diri itu masih lagi tidak mempedulikan aku kerana terasa kehendaknya makin menyala-nyala bagai lampu-lampu yang menyinari sepanjang jalan dan denai nafsu. Dan ketika itulah termuncul diri yang bathin memotong dan mencantas diri yang palsu itu. Lalu akibat terputus segala bekal kehendak diri yang palsu itu air matalah yang menjadi penawar cinta yang dapat membasuh luka-luka  dan penodaan yang rakus itu. Eloklah kiranya hanya engkau sahaja yang mentadbir diri ku kerana aku tidak kuat untuk bertahan dari segala hasutan yang menyayat dan menyiat-nyiat itu.
Lalu terus juga diri yang palsu itu bangun dan merampas setiap pelusuk kecintaan ku menjadi bakaran yang menyala-nyala…. Seakan nyalaan yang membakar Ibrahim ku…. Hanya waktu yang menentukan dan menunggu ketibaan kegagalan ku bertahan dari perlawanan yang tiada siapa beruntung melainkan hanya mampu berserah dan bertindak atas suruhanNya jua.
Bukan lelah aku menunggu mu
Hanya aku di sini terpaku
Walau berjuta menunggu
Aku diantara beribu
Memohon dan merayu
Agar engkau membawa ku
Pergi jauh tinggalkan aku
Kerana aku ….kerna aku
Tidak mampu bertemu
Wahai kasih ku abadi..… tinggalkan aku sendiri…… biar aku menanti…… walau berjuta yang mati… tidaklah aku mengerti..… tentang diri yang sejati…. kerana aku masih menanti…. kejahilan sudah terpatri….. wahai kasih ku abadi….. ingin aku bersendiri…. dari naungan yang suci…. kerana aku tak mengerti….  karana aku itulah mati
Ke hulu ke hilir aku mencari namun tak ku temui yang mana hanya terhunus bagai senjata yang hanya menikam jantung ku  yang mengcengkam. Ke hulu  ke hilir aku mudik mencari, mencari sesuap abadi namun aku tak mengerti kerana aku bodoh tak peduli pada siapa aku menanti kerana penantianku hanya tersisa dengan cemaran. Bukan…bukan …bukan aku sengaja mencipta segala duka…. bukan mudah pula untuk aku berduka, kerana setiap apa yang membuka pasti ada yang terbuka untuk mereka gegas meleka. Meleka-leka di alam saja.
Cukuplah…. cukuplah bercerita tentang mereka
Kerana aku tidak ingin lagi meneka
Tentang siapa yang merdeka
Siapa yang terpenjara
Cukuplah cukup sudahi  bicara
Kerana  aku menipu dalam diam kau menyapu
Menyapu api nan berdebu
Yang menyaluti hati ku
Cukuplah sudah menunggu
Jika masih melihat diri ku, aku tak mampu berteriak. Sudah tidak terdaya untuk menjerit kerana aku sudah terpatri dalam kosong ku menari tarian sakti asuhan diri. Cukuplah sudahi aku menunggu kerana tiada apa yang ditunggui melainkan hanya yang terpadu, hanya sangka ku menunggu hingga terlupai akulah yang menjadi saldadu menghunus senjata ke hulu ke hilir mencari penunggu.
Duhai pujaan ku jauhari ku
Lihatlah keatas mencari duri mu
Disana kau bertemu karya ku
Maha menghiasi segenap mu
Continue >>>

Bandar Tasik Puteri


http://nurashifa.com/



Ini adalah sesuatu yang terbaik di hidangkan dari hati yang terbuka untuk mereka-mereka yang bermasalah di timpa ujian yang kecil atau besar bagi menguji ketahanan dan kekuatan iman... Seharusnya menjadi langkah pertama untuk menunaikan amal kebajikan dan kebaikan kerana kesihatan itu adalah kenderaan dan hiasan yang terbaik untuk meneruskan perjalanan samada perjalanan seorang salik atau perjalanan ukhrawi. Keduanya-duanya penting dalam menempuh hidup yang di amanahkan ini.

Yang menjadi terbaik adalah pegangan akidah. Mengeluarkan gundah dan wasangka bagi setiap pejalan kerohanian terutama wanita. Sesungguhnya oleh wanita untuk waita itu adalah lebih sempurna di dalam ikhtiar untuk memulih dan mengembalikan keharmonian keimanan dan kesejahteraan dalam amal ibadat seharian.

Peluang rawatan kesufian ini terbuka luas bagi pencintanya dan menjadi khabar yang baik bagi yang masih tercari-cari keserasian dan ketelusan dalam memperbaiki hakikat diri. Amatilah dengan yakin dan rasailah dengan bathin sesungguhnya hanya pada allah jua sebaik-baik tempat pengembalian.

Terima Kasih

Nur 'A' Shifa

Ustazah Nur Azizah binti Atan (017-307 3056)
Continue >>>