Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Menghiasi Segenap Mu


LANDSKAP ROHANI


Setelah begitu penat menjalankan tanggungjawab melayan pulak karenah diri yang tak pernah ingin berdiam seketika… itulah kesusahan yang payah untuk melihat kebathinan menjadi kenyataan apabila terlalu banyak di asak oleh kehendak-kehendak yang sukar di nafikan. Ketika malam makin mengembun diri itu masih lagi tidak mempedulikan aku kerana terasa kehendaknya makin menyala-nyala bagai lampu-lampu yang menyinari sepanjang jalan dan denai nafsu. Dan ketika itulah termuncul diri yang bathin memotong dan mencantas diri yang palsu itu. Lalu akibat terputus segala bekal kehendak diri yang palsu itu air matalah yang menjadi penawar cinta yang dapat membasuh luka-luka  dan penodaan yang rakus itu. Eloklah kiranya hanya engkau sahaja yang mentadbir diri ku kerana aku tidak kuat untuk bertahan dari segala hasutan yang menyayat dan menyiat-nyiat itu.
Lalu terus juga diri yang palsu itu bangun dan merampas setiap pelusuk kecintaan ku menjadi bakaran yang menyala-nyala…. Seakan nyalaan yang membakar Ibrahim ku…. Hanya waktu yang menentukan dan menunggu ketibaan kegagalan ku bertahan dari perlawanan yang tiada siapa beruntung melainkan hanya mampu berserah dan bertindak atas suruhanNya jua.
Bukan lelah aku menunggu mu
Hanya aku di sini terpaku
Walau berjuta menunggu
Aku diantara beribu
Memohon dan merayu
Agar engkau membawa ku
Pergi jauh tinggalkan aku
Kerana aku ….kerna aku
Tidak mampu bertemu
Wahai kasih ku abadi..… tinggalkan aku sendiri…… biar aku menanti…… walau berjuta yang mati… tidaklah aku mengerti..… tentang diri yang sejati…. kerana aku masih menanti…. kejahilan sudah terpatri….. wahai kasih ku abadi….. ingin aku bersendiri…. dari naungan yang suci…. kerana aku tak mengerti….  karana aku itulah mati
Ke hulu ke hilir aku mencari namun tak ku temui yang mana hanya terhunus bagai senjata yang hanya menikam jantung ku  yang mengcengkam. Ke hulu  ke hilir aku mudik mencari, mencari sesuap abadi namun aku tak mengerti kerana aku bodoh tak peduli pada siapa aku menanti kerana penantianku hanya tersisa dengan cemaran. Bukan…bukan …bukan aku sengaja mencipta segala duka…. bukan mudah pula untuk aku berduka, kerana setiap apa yang membuka pasti ada yang terbuka untuk mereka gegas meleka. Meleka-leka di alam saja.
Cukuplah…. cukuplah bercerita tentang mereka
Kerana aku tidak ingin lagi meneka
Tentang siapa yang merdeka
Siapa yang terpenjara
Cukuplah cukup sudahi  bicara
Kerana  aku menipu dalam diam kau menyapu
Menyapu api nan berdebu
Yang menyaluti hati ku
Cukuplah sudah menunggu
Jika masih melihat diri ku, aku tak mampu berteriak. Sudah tidak terdaya untuk menjerit kerana aku sudah terpatri dalam kosong ku menari tarian sakti asuhan diri. Cukuplah sudahi aku menunggu kerana tiada apa yang ditunggui melainkan hanya yang terpadu, hanya sangka ku menunggu hingga terlupai akulah yang menjadi saldadu menghunus senjata ke hulu ke hilir mencari penunggu.
Duhai pujaan ku jauhari ku
Lihatlah keatas mencari duri mu
Disana kau bertemu karya ku
Maha menghiasi segenap mu

0 comments: