Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Engkau kepada Dia berserahlah diri


LANDSKAP ROHANI


Telah tewas kesekian kali
Untuk mengejar berjauhari
Lalu aku menipu diri
Kataku itu hanya belaka di uji
Rupanya sungguh keji
Melihat diri dihambai lagi
Bagaimana ingin ku mengulangi
Rasa sayu dan sendu pada mu ilahi
Kerana amat sukar ku menahani
Setiap pemberian mu ku kotori
Dari tangan yang berduri
Setiap kelibat tampaknya sangat memberi
Memberi hanya seketika hari
Sampai bilakah aku di gauli
Dari amarah pemusnah diri

Demi sekalian keagungan dan keindahan dari sifat yang berupa dalam tajalian asma tidaklah sempurna hakikat ku yang sebenarnya…, seandainya diri itu masih memisah dan terpisah dari yang haq. Dan tidaklah aku menyempurnakan hakikat ini seandainya masih lagi terpenjara di alam jasmani yang menginginkan kelazatan dan asyik lalu tepaling sendirian dari tadbiran kehendak yang menitahkan iradat yang maha kuasa. Seringkali tergagal dalam inci perjalanan ini bukanlah dari kehendak diri yang meruap-ruap namun kerana rapuhnya ketahanan diri dari menentang permainan dan penghambaan budak. Jika aku mengamati dengan tingkah dan lakuan ku tidaklah sebaik mereka yang telah hamper berpadu. Sungguh banyak sangat batu dan duri harus ku tanak menjadi santapan ku. Namun makin jauh aku merenung makin pudar cahaya itu.

Telah tiba itu waktu dalam karamat dahulu kala tiadalah satu persatu tahu untuk membuka setiap penjuru. Lalu jika engkau mahu tahu apakah isi aku dan kamu renungkanlah satu  hingga menjadi sebati dalam hati mu sehingga itu benar-benar kau ingin aku itu menentukan waktu. Ketika itu pasti kau ingin aku menjadi kamu  dan kamu tiadalah di aku. Seandainya masih tewas untuk berlaku dalam setiap laku carilah itu aku di dalam jalan ku. Dan nampaklah hati mu itu di dalam syahdu hingga benar segala laku mu itu dalam sayu.

Jika aku pulang ke rumah yang ku inginkan hanya sejahtera…, walau tenang menjalankan hati namun aku haloba pada mu. Tiadalah aku hiasi diri melainkan hanya dengan mimpi  dan ilusi. Hingga aku tewas sendiri dan mencemuh kembali. Hingga hari pada waktu ini engkau sering menggangu ku. Walau kesekian kali aku kosongkan untuk aku leka dan terleka dalam cahayaNya pasti jua kau tiba menyapa. Sungguh terharu aku melihat mu amarah ku engkau tak pernah berputus asa menyesatkan aku. Sedang aku tatkala sunyi aku merayu tatkala senang aku menipu. Di sini aku terus merayu walau engkau masih berlagu-lagu.

Jangan kau lekas merayu seandai yang kau rayu tidak engkau tahu.. dimanakah rayu itu puncanya nafsu. Sering dia menipu menuruti kehendak mu yang bertalu itu namun jangan sesekali engkau lekas terhibur dengan rayu-rayu itu. Kelak jika rayu mu di uji tegarkah dikau berdiri sedang engkau belum maju dari malu dan sendu.

hendaklah engkau tutup segala pintu biarkan tertutup seluruh anggota mu dari menerima seteru dan saldadu. Kerana seteru dan saldadu itu bermusuhan satu persatu. Jangan kau saksikan permusuhan dalam hati mu kelak sendiri engkau tertipu dari habuan dan anganan berlaku. Kerahkan sepenuh daya ku untuk melihat mu bukan seupaya mu sampai pada ku…., kerana yang telah sampai tidakkan sampai dari izinNya. Tutup rapat sekalian pintu. Pintu yang terbuat dari ilham kalbu.

Janganlah engkau leka dan lekas melata dari sekalian pengujian yang tak di sangka kerana setiap prasangka itu hanyalah penutup yang mengaibkan mu. Terimalah dari apa sahaja dari Nya kerana tiadalah satu itu wujud dalam pengetahuan mu. Tidak ada satupun yang engkau tahu dalam wujudNya melainkan hanyalah seteru bagi akal mu. Dan janganlah sesekali engkau lekas tertipu dari mainan ilmu kerana tiadalah satu pun ilmu itu bisa sampai kepada Nya. Tetapi berilmulah seperti apa yang Dia mahu pada mu sehingga dengan ilmu itu engkau mengenali sifat Nya yang engkau sendiri tahu tiadalah sifat itu menyatu melainkan sifat telah sedia satu dalam wujud. Jangan sesekali engkau ragu dari dahulu kala itu hanya satu jua di dalam penzahiran yang terhad dan terpisah maka kali ini datangilah aku di dalam pencantuman yang abadi . lupakan segala gerak dan geri hingga tiada yang menyeri keinginan mu terhadap ku melainkan mohonlah ketiadaan yang ada untuk menentukan waktu untuk ketemu. Seandainya masih lagi ragu dan malu lupakan segala yang berseteru … lupakan segala yang merayu… lupakan segala-galanyanya hingga benar-benar engkau dewasa dalam kehendak rayu dan malu. Mulailah jalan mu kearah yang berdebu itu kerana setiap palitan kotoran itu menjadikan hati mu jernih dari sekalian seteru. Lalu jika engkau masih lagi ragu jangan sesekali berputus asa kerana jalan menuju ku bukanlah satu tetapi banyak yang menipu dari membantu maka renungilah jauhari ku sehingga engkau benar-benar mahu ku yang sebenar hingga tiada aku di aku.

Tenangkanlah diri pada api yang berahi
Dengan santun datang kembali
Jangan lari dari mimpi
Kerana ilusi bukan realiti
Lihatlah si jauhari
Yang mencengkam hati sanubari
Tidak sekali menyerah diri
Pada sudi yang memerhati
Jangan di kasari
Jangan di sangupi
Tenanglah bagai jauhari
Hingga sabar menjadi abadi
Hanya abadi bisa diuji
Hingga mengerti aku dan diri
Continue >>>

Melelong Amarah di Pasar Cahaya


LANDSKAP ROHANI

Dalam setiap saat itu terdetik setiap zarah di bawah pemerintahan yang maha kuasa yang mampu menggerakkan apa sahaja termasuk jua gerak di bawah sedar. Begitulah agungnya Dia menempatkan ciptaan mengikut sukatan dan perkiraan bagi membina logic akal dalam naungan asbab musabab. Dan tidaklah Dia menciptakan dunia ini melainkan melengkapinya bersama alam yang terdapat walau setitik sekalipun telah berada di dalam jasad mu.

Lalu bagaimana akan dia perhitung buat mu…..

Dalam soal yang menyangkuti alam di bawah sedar tidaklah engkau mengetahui tadbiranya walau ia benar-benar amat dekat dan hamper berada di dalam dada mu. Mungkinkah terdapat suatu kuasa semulajadi yang menggerakkanya namun umum mengetahui bahawa kehidupan yang menghidupkan sekalian gerak di dalam badan itu bergantung sepenuhnya melalui tenaga tuhan yang tidak bisa dilihat melainkan dirasa kemunculannya meliputi sekalian alam mu.

Telah benar pada kenyataan bahawasanya hidup itu tidak memerlukan sebarang objek (bendasing) atau zat baharu melainkan telah sedia hidup itu dengan segala kelengkapan yang terdapat mukjizat yang besar di dalam sarung badaniah itu. Tetapi dari akibat hebatnya hidup itu hingga badan tidak daya untuk menampung tenaganya lalu nafsu itu di kongkongi bagi bertujuan untuk menyuling tenaga itu berpadanan dengan kehendak tuhan yang maha esa.

Setelah pelbagai alasan dan kemurkaan yang diterbitan oleh biasan nafsu itu tidaklah dapat lagi diri itu menafikan penanggungannya ke atas kelazatan sementara itu melainkan diri yang berdiri itu tidak mungkin dapat mengekali nur yang mengelilinginya. Lantas atas sebab kemurkaan pada jalan yang dikecapi itu tidaklah diri itu dapat menembus alamnya sendiri melainkan dirinya diputar atas dan bawah kiri dan kanan dalam lingkungan pengenalan dirinya kepada nafsu. Lalu tidaklah diri itu bebas melainkan telah di rantai mindanya di bawah pengaruh nafsu yang besar dan gelap. Seburuk-buruk kemurkaan adalah pengenalan kepada nafsu dan menjadi hambanya dan sebaik-baik keredhaan adalah pengenalan kepada allah menjadi tetap pada jalan yang lurus.

Nafsu yang bersifat tercela amat halus mentadbiri diri yang ingin hamper pada rabbul jalal kerana kehalusan sifatnya yang menyamai cahaya. nafsu ini telah di didik oleh bisikan dan rayuan syaitan yang senantiasa menginginkan kegagalan nur ilahiat dari menembusi kalbun. Tidaklah nafsu ini menginginkan kebaikan melainkan kebaikannya disertai sifat haloba pada asbab dan musabab. Seharusnya seorang yang ingin hamper pada ilahinya wajiblah menajamkan akalnya dengan memandang perjalanan nafsunya yang hanya dia sendiri yang lebih mengetahuinya. Akal yang tajam menghasilkan nurani….. nurani yang bersih menghadirkan gerakNya(ilham,ilmu, afaal, sifat)

Jika tidaklah di beratkan anak adam(saat dilahirkan)  itu dengan bisikan dan rayuan syaitan yang bersikap tercela maka bersihlah hati sekalian adam itu menanggungi Muhammad. Hingga Muhammad yang sebenarnya mampu berbicara kepada ahmad yang menyantun budi bicara. Seandainya telah terbitlah cahaya ahmad itu melalui lisanul sirri janganlah di apakan ianya dengan alasan dan waham yang sering menumpulkan penumpuan hati terhadapnya. Kosongkanlah akal kerana sesunggunya akal itulah senjatanya nafsu yang amarah untuk mengherdik kelembutan bicara ahmad.

Dan telah di dudukan segala ketetapan pada manusia itu 3 pekara yang hanya Dia sahaja yang memberi ingatan bahawasanya tidaklah manusia  itu meminta melainkan hanya untuk kepentingan dirinya sahaja dan keduanya tidaklah manusia itu mencerminkan sifat allah melainkan telah kenal dirinya dalam kefanaan…dan ketiganya tidaklah manusia itu berdiri mentaati mati melainkan telah berlaku musibah yang besar keatas dirinya yang terwujud itu.

Lalu bagaimanakah akan dia pehitung ke atas mu wahai diri

Setelah segala penganugerahanNya ke atas mu tidakkah dikau melihat lalu memelihara kehormatan mu wahai manusia di manakah silapnya tadbiran dan pemerintahanNya ke atas mu….  tidakkah engkau wahai hamba melihat Diakah di situ yang benar-benar menguasai segala kehendak dan niat mu. Lalu jika insan itu tidak kau palingkan dari dalam hati mu manakah seteru Nya yang bisa melawan mu dalam naugan ku jua. Sesungguhnya telah sudah Dia jelajahi setiap pembolak balikan hati itu hanya untuk mengghairahi kembali ketaatan itu memuja dalam ketakwaan yang sebenar-benarnya.
Continue >>>