Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





riwayat cinta tiada kalimat


LANDSKAP ROHANI

Untuk cinta sememangnya gila
Gila-gila hanya tuk remaja

Gila bayang kerana sayang
Kerana sayang sanggup nyawa melayang

Kerana cinta tiada terkata
Dari cela ataupun nista

Daerah cinta tiada penjajah
Semua sanggup pegang amanah

Cinta dunia
Hanya di sana
Tempatnya dikurnia
Sakit atau sedap sendirilah Tanya

Lalu cinta itu ke mana
Sebenarnya tak kemana
Sakitnya Nampak merana
Padahal  sedap terlaksana
Jadilah gila yang bijaksana
Mengukur melerai saksama
Tiada peduli hindu atau cina
Tetap cinta datang melanda
Bagi yang bersedia
Masih terpinga-pinga
Dikulitnya domba
Di dalam itu singa
Sapa bisa berlumba
Dari kudrat yang berkuasa
Perhatikan ke mana sahaja
Arah mu tetap ke esa


Bertebaran si pecinta
Hingga membanjiri air mata
Merata-rata menghambur pinta
Mohon dirasa apakah cinta
Bagi diri ku belum bercinta
Kerana tiada daya tuk bercinta
Aku batalkan segala kuasa dan rasa
Kerana keduanya kepunyaan maha cinta
Mana layaknya aku kata cinta
Esok lusa diakan meminta
Apa yang ku hulurkan hanyalah nista
Mana layak aku mencinta
Hanya dialah yang dicintai nan cinta
Menyintai sehingga buta
Tiada terbit kata atau rasa
Hanyalah dia bisa memeta
Meletakkan cinta itu hanya dusta
Melatakkan cinta itu hanya duka’
Meletakkan cinta itu didalam murka
Memuliakan cinta itu pada hati-hati yang bermuka
Bermuka dari cermin wajahnya jua.


kerana cinta kononnya taat
hingga mabuk segala syahwat
Dalamnya membisik syafaat
Tiada satu pun yang diperdapat
Jika asyik memandang nikmat
Hingga mengharap cinta itukan taat
.....
Taat kerana cinta bukanlah nikmat....
Tetapi taatilah kerana taat

Sehingga taat menghimpun kudrat
Kudrat terlebur dalam nikmat
Nikmat terluhur dalam zat

zat menghulur sifat
sifat memohon syafaat

3 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o on March 19, 2011 at 1:07 PM said...

nice... mendalam

Zakir Lazarus on March 19, 2011 at 3:14 PM said...

dalam -dalam
menyelam silam
kabur malam
terang suram
diriku benar ingin diam
tapi daya ku menguntum salam
panjatlah rayu mu pada ku yang kelam
mohon hilangkan segala kalam
agar wujudku mencair bagai garam

Arman Zafri on June 7, 2012 at 4:53 PM said...

Cinta mana pendahulu
cinta mahkluk sering menipu
bagai topeng yang kerap ditukar-tukar
oh! alang indah cinta dalam taat
itu sekadarnya kerna taat
mengisi sebahagian taat
saling taat dibatasi syariat
tahu akan tuju sebuah taat
demi melahirkan zuriat hebat.