Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Tak ku temu di manakah hentinya rayuan taubat ku pada mu


LANDSKAP ROHANI



Juga itulah dia yang bertakhta
Di dalam hati ku mohonlah kata
Dari ungkapan yang ternista
Dikeluarkan segala bahaya
Di situlah bermulanya cinta
Ketika diri ku berlalu senja
Di sana hanyalah kaca
Dan disinilah ianya permata
Bersuluhlah ke dalam hati ku
Membawa segala yang baharu
Untuk di persembahkan buat sang ratu
Agarnya terimalah segala rayuan taubat ku pada mu

Ketika segalanya di rasakan jauh berjauhan
Berteduhlah dikau dari kehujanan
Dari hujan yang membasahi dengan kehitaman
Yang menimpakan hati sanubari mu menjadi kekalutan
Di situlah bertapanya keresahan
Yang membisikan keluhan
Maka jauhilah ianya wahai insan
Agar tenang segala hasutan

Dan sekiranya diri mu kelalaian
Yang menyembunyikan kesadaran
Kembalilah sunyi di dalam perhentian
Kelak nestapa mu bisa berkerutan
Kerana digagalinya dari mengauli badan
Maka berusahalah untuk berfirman
Dari katanya yang bersahutan
Tentang peribadi kerasulan
Ikutilah kembali pulang di laluan
Tinggalkan segala siulan
Tetapkanlah pendirian
Continue >>>

Tak ku temu hentinya taubat ku pada mu


LANDSKAP ROHANI

Semalam hamba telah kecundang di dalam jiwa ku yang hancur dari akibat perasaan yang di kuasai amarah yang meledakkan. Hingga hamba tak terdaya untuk mengelak lagi melainkan hanya meneruskan langkah  sehingga hati ku berkata kembalilah pulang. Lalu aku laungkan kalimah tauhid namun tetap jua hamba tak terdaya menahan diri dari ajakan dan bujukannya.

Setiap kali ku menangis
Kerana hati ku yang bengis
Lalu ku hentikan segalanya tuk mengemis
Demi kerana mu tuhan ku yang pengasih

Telah ku cuba membawa diri ku kedalam hamparannya namun sering kali ku buka hati ku untuk menerima dari mu sering kali juga hatiku di landa bisikan yang menghancurkan yakin ku pada mu. Lalu ku bangunkan diri ku ke arah yang menggelapkan di situ ku temuinya penawar dari kegelisahan hati ku. Namun setelah jiwa ku sedari dari kelalaian itu hati ku mula berkata tidakkah engkau berasa sia-sia pada hidup mu. Lantas segera aku kembali bertaubat dari segla amalan ku yang nyatanya tidak mendapat syafaat darinya kekasih allah ku.
Terbukalah suatu peristiwa
Di dalam dada berhimpun derita
Ingin kembali bagai kan pendita
Namun seluruh alam ku jauh tersisa
Alangkah indahnya syurga
Di bawahnya sungai mengalir senja
Aku terbuai jauh tanpa kata-kata
Kerana menanti engkau sahaja 
  
Dan telah aku berusaha membawa diri ku berkelana dari segala ajakan dan bujukan dari segala sumbu yang menghidupkan maraknya api kehendak. Oh alangkah degilnya dikau wahai penghulu sanubari ku datangilah daku dengan sembah dan rayu….. jauhilah aku kerana mu ….kerana aku mahu mendapat restu…. Agar setiap saat hati ku kan membeku dari segala asuhan dan didikan pujuk dan rayu mu agar seringlah hidup ku di bawah naungan mu.

Tetaplah hidup bagaikan senja
Sedikitnya waktu itu untuk bekerja
Jerih payah hanya sementara
Namun hati ku maseh tiada
Tiada untuk bekerja
Ke arah sebaran cinta


cinta sebesar sebiji sawi itu lebih baik dari beribadath 70 tahun lamanya
Continue >>>

meskipun diri tak seputih harapan aku


LANDSKAP ROHANI


dalam duga menanti pasti
hingga mati menaruh simpati
di dalam gelap maseh menanti
secebis harap pada ilahi
hingga kini maseh mencari
mencari segala-gala tentang hati
walau lemas di lambung nafsi
maseh tetap berdiri
agak sukar untuk kembali
kerana diri maseh berharga lagi

deras sungguh aliran itu sungai bagai derasnya hati ku, pabila di palu oleh tahu tentang aku yang baharu membuka segala baju. Dalamnya ku lihat, satu persatu turutan menjadi satu yang berkumpul menahani diri ku. Apa yang diri ku tahu tidaklah hanya sesuatu yang melazimkan aku di bawah naungan diri ku jua. Di dalamnya diri ku, ku lihat satu persatu tentang masalah diri ku yang meletakkan setiap sumber sifat ku yang maseh tercela dan ternoda. Di situ ku lihat satu persatu bertukar  dan maseh baharu untuk bertukar menjadi sesuatu yang maseh lagi mahu menukar. Betukarlah ke arah yang jitu agar segala kepayahan ku tidak tercemar oleh segala ketahuan diri ku. Pabila ku buka dari setiap hati ku, ku lihat lagi segala duka dan duka itu mula menjernih lalu terlihat oleh ku betapa sukarnya membuahkan kata. Dari kata-kata itu tidaklah jelas melainkan menjadi sanggahan diri ku. Atas turutan itu ku selidiki satu persatu dan ku lihat lagi di dalamnya hati ku terdapat lagi sendu yang sentiasa membuat aku di alam khayali ku. Di situ amat sukar bagi ku untuk mengikisnya menjadi debu. Melainkan jika aku mahu dengan tekad dan restu. Akhirnya ku temui  juga jalan penyelesaian masalah ku dan ku pohon pada yang maha kuasa agar aku direstui untuk sentiasa mahu dan maju di dalam peperangan menentang musuh ku yang nyata.

ku hanyutkan segalanya tahu
agar diri ku gagal menggangu
di sebalik segala tahu
biarlah aku terus dunggu
walau terpaksa aku menunggu
biarlah aku terus terasa pilu
walau aku sungguh ngilu
menahan pedihnya sembilu
namun allah harapan ku
di dalam tenang aku melagu
lagukan rayu mendayu
Continue >>>