Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Tak ku temu hentinya taubat ku pada mu


LANDSKAP ROHANI

Semalam hamba telah kecundang di dalam jiwa ku yang hancur dari akibat perasaan yang di kuasai amarah yang meledakkan. Hingga hamba tak terdaya untuk mengelak lagi melainkan hanya meneruskan langkah  sehingga hati ku berkata kembalilah pulang. Lalu aku laungkan kalimah tauhid namun tetap jua hamba tak terdaya menahan diri dari ajakan dan bujukannya.

Setiap kali ku menangis
Kerana hati ku yang bengis
Lalu ku hentikan segalanya tuk mengemis
Demi kerana mu tuhan ku yang pengasih

Telah ku cuba membawa diri ku kedalam hamparannya namun sering kali ku buka hati ku untuk menerima dari mu sering kali juga hatiku di landa bisikan yang menghancurkan yakin ku pada mu. Lalu ku bangunkan diri ku ke arah yang menggelapkan di situ ku temuinya penawar dari kegelisahan hati ku. Namun setelah jiwa ku sedari dari kelalaian itu hati ku mula berkata tidakkah engkau berasa sia-sia pada hidup mu. Lantas segera aku kembali bertaubat dari segla amalan ku yang nyatanya tidak mendapat syafaat darinya kekasih allah ku.
Terbukalah suatu peristiwa
Di dalam dada berhimpun derita
Ingin kembali bagai kan pendita
Namun seluruh alam ku jauh tersisa
Alangkah indahnya syurga
Di bawahnya sungai mengalir senja
Aku terbuai jauh tanpa kata-kata
Kerana menanti engkau sahaja 
  
Dan telah aku berusaha membawa diri ku berkelana dari segala ajakan dan bujukan dari segala sumbu yang menghidupkan maraknya api kehendak. Oh alangkah degilnya dikau wahai penghulu sanubari ku datangilah daku dengan sembah dan rayu….. jauhilah aku kerana mu ….kerana aku mahu mendapat restu…. Agar setiap saat hati ku kan membeku dari segala asuhan dan didikan pujuk dan rayu mu agar seringlah hidup ku di bawah naungan mu.

Tetaplah hidup bagaikan senja
Sedikitnya waktu itu untuk bekerja
Jerih payah hanya sementara
Namun hati ku maseh tiada
Tiada untuk bekerja
Ke arah sebaran cinta


cinta sebesar sebiji sawi itu lebih baik dari beribadath 70 tahun lamanya

0 comments: