Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Kemunafikan yang menghalangi diri ku menujui Ilahi anta maksudi wa ridhoka matlubi


LANDSKAP ROHANI


dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha menyanyangi  yang menguasai setiap daerah yang terseni yang sentiasa memerhati setiap urusan makhluk yang melata di bumi dan di langit sehingga kini aku maseh sukar mentaati  apatah lagi mengerti. Di setiap nurani ini ku langkahi dengan hati-hati agar diri ku tak tergelincir menjadi hamba yang tak mengenali. Cukuplah bagi ku allah di hati namun tegar hati ku untuk menjauhi. Di setiap hujungnya amal makhruf nahi mungkar itu terdapat suatu tanda yang mengikhlaskan pelakunya dengan takwa yang pasti menghairankan seluruh dada yang meletakkan keangkuhan padanya keinginan di situ…..  aku mulai dengan suatu jalan yang menilaikan diri ku sentiasa jauh yang mengherdikkan nafsu ku ketika allah berlagu namun semuanya semata-mata kerana nafsu yang berkeinginan dan bukan semata-mata keinginan ku yang haq.

Jelaskanlah diri ku wahai penguasa
Yang menguasai peta semesta
Tarinya diri ku hanyalah semata
Semata-mata kurban jiwa ku kepada tercinta

Hadirkanlah diri mu wahai pendusta
Sebagai raja yang tewas derhaka
Pulangkan daku sebuah mahkota
Kerana milik ku setiap zarah tercipta

Di setiap himpunan nafsu nafsi yang merajai terdapat dua petunjuk yang memisahkan diri…… Di kiri mu hanyalah sepi pabila hati mu merasai mati……. Sedangkan di seblah kananmu hanyalah mati pabila dikau mahu mengetui diri…….. Selebihnya berpalinglah dikau dari mencari diri kelak setiap usaha itu hanya menghasilkan basi pabila dikau mula mencuri. Perhatikanlah kembali setiap amarahi itu sungguhnya benci pada perlakuan ilahi yang menyifatkan kudrati

Bebaskan hati mu dari pelukan aku kerana tahu mu itu hanya waktu yang memustuskan sengsara mu kepada ku……  maka hadirkanlah tahu mengikuti rentak ku jauhilah setiap seteru diri mu yang sentiasa mengeringkan basah zikir mu……… maka jauhilah setiap prasangka mu terhadap ku kerana itu lebih mudah bagi mu mengenali ku. Setiap penjuru hati mu adalah aku yang sentiasa menghujani dengan rahmat dan kurnia maka eloklah dikau bertafakaur ke arah ku agar setiap benak mu di dalam genganman ku, maka dari itu keluarkanlah seteru mu satu persatu dan hadirkanlah diri mu yang bernama aku di situ, letaknya tahu satu persatu hingga dikau mula merasa malu . Tenangkanlah resah mu satu persatu kerana itulah kunci untuk bersama ku…….. di situ hanyalah aku yang menguasai hari ku dan hari mu. Makin jauh(dalam) dikau bersatu makin dekat dikau pada ku hingga hilang setiap prasangka yang hanya memisahkan aku dan diri ku. Maka keluarkanlah wahai pendusta dari diri mu yang sememang mati yang membongkar setiap amarahi yang menjerat leher mu sendiri. Maka tolongilah wahai diri ku gerakkanlah daya ku maju untuk mengubah setiap perilaku menjadi perilakunya sang abdi yang menyifatkan diri didalamnya kudratnya ilahi anta maqsudi wa ridhoka matlubi......

4 comments:

Dama-Ulan on November 10, 2011 at 10:08 AM said...

Tuan,

Dari mana tuan dpt ayat:
"Ilahi anta maksudi wa ridhoka matlubi"?

Zakir Lazarus on November 11, 2011 at 10:22 AM said...

dari sanad kholidi

Assiddiq on June 5, 2012 at 12:03 AM said...

Engkau ku maksud, redhaMu ku tuntut.

ALlahu.. ALlahu..

zakir zak zak on June 6, 2012 at 1:54 PM said...

BERI LAH HAMBA KEMAMPUAN UNTUK DAPAT MENCINTAI DAN MAKRIFAT KEPADA-MU