Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





setiap yang membenci ku hanyalah diri ku yang tersembunyi


LANDSKAP ROHANI

Wahai maha karya ciptaan ku
bersemilah dikau di dalam asma ku saja
berbuailah kembali di dalam afaal ku tiada
kerana tiada di keranakan wujud ku ada

Suatu ketika bersama diri yang ku kenali sebagai diri yang mentaati terhadap tuhan yang dinanti…. padaNya ku terus memerhati…. Walau terang walau nyata namun aku maseh tak terasa betapa hebantnya diri di landa seolah bagi ku itu semuanya tak sengaja kerana daya akal ku telah meraja pada setiap benak zahir ku. Yang maseh di lihat hanyalah keadaan yang di perbetulkan untuk meraih segala dosa dan pahala. Di sini ku perhati setiap gerak dan geri setiap manusia menjadi cerminan bagi diri ku…. Ku hanya berdiam diri untuk sedaya upaya meneliti namun aku gagali lagi bahawa setiap yangh berdiri hanyalah sebagai penyeri bagi setiap tindakanNya. Setiap musim berlalu meninggalkan aku jauh di bawah rimbunan al afuw sehingga aku benar-benar merasa bahawa tiada satu amal ku diterima melainkan aku meredhainya di dalam taat dan takwa. Aku tangisi setiap waktu bertemu mohon dan merayu agar diri ku menjadi debu berterbangan kerana ku sangka itu lebih mulia dari merasakan hidup meraja.

Lalu ku uliti hati ku bersama asmanya dalamnya ku teliti jauh membenamkan setiap sifatnya sehingga ku lihat diri ku maseh di dalam mati. Tiada hidup melainkan hanya mati ….. mati yang di sangka hidup yang disangka merajai anggota pancaindera. Namun yang ku tahu setiap yang membenci ku hanyalah diri ku yang ingin melarikan setiap prasangka baik ku terhadapNya. Setiap peristiwa ku nilai namun satu persatu makin menjauhi ku sehinggalah ku bertemu bersamanya yang ku kenali sebagai hati ku….. yang sering mengkhabarkan setiap jerih perih yang harus ku tempuhi selama ku ingin Dia merajai ku semula.

 Setiap jalan hanya pada dia
pecahan berjuta rasa
di hujungnya adalah dia
yang merajai kecewa dan gumbira
biarlah batinku memuja rasa
biarlah zahir ku membuah dosa
namun padanya ku agongkan Esa

0 comments: