Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Kemunafikan yang menghalangi diri ku menujui Ilahi - second chapter


LANDSKAP ROHANI


Tetap teranglah diri mu di atas landasan yang benar yang mana dikau maseh memuja akan keesaannya. Tetapi kesedaran itu tidak mencukupi bagi mu kerana dikau tidak menyaksikan kebenarannya melalui mata hati mu. Jika sekiranya engkau kembali lagi ke sini iaitu tempat engkau berhujah tentang waktu dan masa pasti engkau melihat ianya menjadi pendua yang memisahkan kedirian mu dengan ketuhanan mu sehingga yang dikau saksikan adalah kedirian mu yang menyatakan kehendak itu dan ini dan bukannya dikau mengikuti kehendak tuhan mu yang menginginkan engkau berlaku taat dan takwa.

Jika sekiranya dikau maseh melihat kesaksian itu berupa pegangan  yang engkau mahukan manakah lagi rahsia yang di rasakan kerana setiap jalannya kemunafikan itu telah tertutup dirinya dari merasai akan nikmatnya ibadah. Jika engkau mahu mengikuti setiap baris kata hati mu janganlah dikau segera memaksanya dengan Tanya  tetapi selidikilah ianya dengan rasa dengan memencilkan setiap anggota mu dari bekarya. Jika di situ engkau membuka kata hati mu yang lemah maka terbitlah setiap anggota mu di dalam kehendaknya sehingga tiada sipa yang bisa memaksa melainkan engkaulah yang terpaksa untuk mengakuinya.

Diam itu adalah jalannya engkau menggembara ke arah destinasi yang engkau inginkan sehingga dikau maseh merenung ke dalamnya hanyalah sebagai khayalan yang nyata. Tetapi sebenarnya ianya adalah kenyataan bagi keberadaan ilmu yang memungkinkan setiap rayu mu pasti bertemu dengan lakunya. Di situ hidupkanlah hati mu dengan takbirnya hingga engkau mahu mengembalakan diri mu ke arah ketakwaan lalu pasti engkau akan melepaskan diri mu yang maseh bergelumang dengan kemunafikan .

Sebenarnya jiwa itu telah di perduakan oleh nafsu yang membisikkan kata-kata yang mahu dan cemburu. Ianya sentiasa mencemburui dirinya dari berpaling ke arah ketaatan kerana ketaatn itu menjadikan dirinya menjadi hamba yang mengikuti telunjuk tuhan. Namun sekiranya ia lemah mentaati pasti nafsu itu merubahkan diri itu menjadi hamba yang asyik dengan kesenang-senangan dan hidup di dalam ketaatan yang mati. Dan tidaklah hidup itu semata-mata untuk mentaati diri melainkan menjadi sandaran untuk mengabdikan diri kepada yang maha mengetahui.  Jika sekiranya diri itu maseh lagi mahu melihat dari apa yang menjadi bukti maka hancurkanlah keinginannya itu kerana keinginan itu adalah racun yang membunuh kesedaran mu. Keiginan-keinginan itu sebenarnya sentiasa membisikkan kata-kata itu dan ini tentang itu dan ini persoalan itu dan ini yang membuatkan diri itu terus terbuai oleh anganan dan membekukan diri dari berusaha untuk berlaku taat. Lalu jiwanya kembali di suntik dengan ragu dan wasangka yang ditiup oleh dirinya yang bersetan.

Maka sudikanlah hati itu dilapangi dengan kehendak dan keinginannya yang menyamai dengan kudratnya yang berpadanan dengan ilmunya, lalu buktikanlah melalui asmanya sehingga dikau mengetahui bahawa sifatnya itu bukanlah terdiri dari kewujudan mu melainkan hanya diri mu sebagai tunggangan kehendaknya ke atas diri mu semata. Namun eloklah sekiranya dikau memahami  bahawa kesedaran itu tidak menjamin engkau berpuasa melainkan engkaulah yang terpaksa untuk mengikuti telunjuknya semata. Maka perlakukanlah diri mu dengan sentiasa berhajat dan kembalikanlah diri mu di dalam redhonya lalu berusahalah semahu mu untuk meredhoi segala amal perbuatannya ke atas mu dengan kebenaran yang nyata bahawa diri mu hanyalah pelaku yang menginginkan setiap kelakuan itu di dalam hidupnya diri untuk berlaku di dalam ketaatan dan ketakwaan semata-mata.

0 comments: