Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





semata-mata hidayah mu


LANDSKAP ROHANI

Suatu pekara yang dijangka mungkin akan berlaku pada diri. Sendirilah yang menanggunginya pabila ia menjadi suatu ukuran yang menghisabkan peribadi. Suatu pekara yang di ingatkan akan menjadi sebati mungkin akan menjelajahi pemikiran sehingga yang terbit untuk menduakannya menjadi suatu kebatilan. Adakah namanya usaha pada diri sekiranya diri maseh memandang usaha itu adalah sia-sia. Melainkan di usahakan kerana daya dan kudrat yang dipulangkan semata-mata menjadi muflis di atas nama si fakir. Dihujahkan setiap amalan itu dengan ilmu hingga yang menerangkan akan daku hanyalah ragu lalu ku ulanginya kembali setiap ilmu itu menjadi tahu buat tatapan aku yang maseh kebuntuan. Di dalam kebuntuan ini ku hulurkan salam buatNya agar setiap keraguan itu bertukar menjadi penghulu bagi ku untuk meneruskan jalanan itu menjadi cahaya yang bisa menerangi kegelapan bathin ku. Ku larikan setiap mahu ku kepadanya kembali agar setiap usaha ku itu bertukar menjadi hidayahnya kerana itu ku yakinkan itulah hadiahnya buat membantu diri ku selama-lamanya.

setiap pekara dalam diri ku
hanyalah penyeru
yang menyeru agar diri ku beroleh restu
di dalam kudratnya al afuw
beroleh tahu
agar setiap yang menyakin ku
adalah hidayah mu
semata-mata hidayah mu
semata-mata kerana mu
semata-mata iradath mu


3 comments:

Assiddiq on June 4, 2012 at 11:59 PM said...

Salam zakir..

Kata guru saya,

Hidup ini ibarat kita sudah meniti di titian sirat..

Titian yg seperti sehelai rambut terbelah nya seribu..

Dalam meniti titian ini untuk bertemuNya,kadang kala kita hampir tergelincir.. Kadang2 terus tergelincir..Kadang2 terhuyung-hayang..

Sifat manusia tidak terlepas dari salah dan silap.. Apabila kita tersedar dengan izinNya, Kita gapai balik titian tu.. bila kita jatuh tergelincir..kita naik perlahan2..jangan biarkan terus hanyut.. terus jatuh..

Itulah sebab nya ada istigfar.. ada doa.. senjata dan cara kembali kepadaNya..

Bila kita IKHLAS dalam mencari Nya.. InsyaALlah, ALlah akan permudahkan kan jalan bagi kita.. Yang penting istiqamah dan berdoa mohon DIA memimpin kita ke jalan yang BENAR.. Yang DIA redha..

Mohon maaf jika ada salah dan silap.. Masing2 dalam belajar.. InsyaALlah..

p/s: Sgala yg ada di blog ni buat hati ini tersentuh.. :")

zakir zak zak on June 6, 2012 at 1:48 PM said...

terima kaseh tuan assiddiq

makin layu diri ku di halaman
kerna mencariNya di taman permainan
kerna terpesona indahnya kalam-kalaman
hampir tersisa jauh di pendalaman
kata-kata mu ibarat pernafasan
yang menghidupkan diri yang kesesakan
insya allahi taala di serukan
setiap bait kata-kata mu akan dipertuankan

Assiddiq on June 6, 2012 at 9:26 PM said...

InsyaALlah..

Moga di permudahkan jalan2 untuk kita.. InsyaALlah..