Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





AYATUL QURSI


LANDSKAP ROHANI

hiasan dinding AYATUL QURSI
dicetak di atas statik paper tanpa frame
saiz ukuran 3kaki X 2kaki
harga RM150 termasuk posting
BERMINAT sila pm ke facebook zakir zak zak zakir (https://www.facebook.com/#!/zakirzakzak?fref=ts

Continue >>>

ilahiantamaksudiwaridokamatlubi


LANDSKAP ROHANI

Didalam suatu perumpamaan dari hal-hal yang dinampakkan ianya menjadi keinginan bagi menguatkan daya dan upaya untuk terus memuja muji. Dan telah terbit suatu penantian yang mana dihilangkan segala hal-hal itu untuk melenyapkan keinginan bagi membiasakan diri untuk menerima redhaNya. Dan itulah namanya menuntut akan redhanya iaitu sebagai orang yang sedang mempelajari dan atau menuntut ilmu bagi diri akan nyatanya taat, rendah diri, berserah, ikhlas dan redha.

 Yang menyatakan kehendak itu adalah keinginan hati untuk memalingkan diri dari kancah penguasaan sanubari bagi menghidupkan nurani untuk tetap beristiqomah dalam menjalani kejujuran. Yang mana kejujuran itu adalah fitrah bagi ruhani untuk mendidik jasmani agar tetap di dalam taat yang mencerminkan wajahNya.

Oleh yang demikian nyatalah bahawasanya kesungguhan hati bisa dibolak balikan oleh tipu daya keinginan yang bertiupan berkeliaran sanubari. Sehingga yang menyata adanya keinginan itu untuk melemahkan kekuatan nurani sehingga yang merajai anggota dimiliki nafsu yang beraja dihati pemilikan sanubari.

Sedikit demi sedikit hadirkanlah kesedaran diri itu jauh ke dalam sanubari agar yang menguasai sanubari itu bisakan tunduk menyembah akan hakikat wajahNya. Yang melirik kembali akan jauhnya yang berhadapan bisakan merasa kehadiran tuhan yang menguasa. Tika dan saat ini cubalah berkata dengan menyatakan rasa itu sebagai bahasa. Bahasa yang tiada ia berbahasa semata-mata yang terbit dari kalam yang terahsia. Lalu ucapkanlah ilahi anta maksudi wa ridhoka matlubi.......

Yang membenarkan mu itu adalah ia
Dan tidaklah engkau itu membenarkan dia
Sesungguhnya kebenaran itu adalah rahsia
Yang menyelimuti mu disetiap anggota
Maka tiadalah satu pun manusia
Yang benar-benar telah menguasa
Melainkan telah ia benarkan rasa
Sebagai bukti wujudnya ada
Maka benarlah katamu duhai pujangga
Tiadalah daku itu berkuasa
Semata-mata lemah tak berdaya
Hanya mampu berserah jiwa dan raga

Continue >>>

Telusuri Rentak WAJAH Itu


LANDSKAP ROHANI



Ketika di tiup nyawa bagi sang jiwa tertutuplah sekalian jasad bagi membolehkan hidupnya ruh untuk membuktikan saksinya di alam syahadah. Ketika maseh lagi teringat akan janjinya maka si arakian mula membangkitkan berahinya untuk sentiasa tunduk brlaku taat kepada khaliqnya. Yang di utuskan baginya adalah sebuah kegagalan yang membawa akan faham baginya akan ikhtiar dan usaha bagi menghidupkan kembali kematiannya. Sesungguhnya tiadalah yang diketahuinya melainkan sentiasa membakar jiwanya bagi menjernihkan keupayaannya untuk mendaki kembali ke tempat asalnya. Walau telah keluar segala kehendak inginnya terhadap sesuatu yang lain namun usaha ikhtiarnya menghasilkan kesia-siaan dari kerana tiadanya penyerahan baginya. Jalanan yang berliku-liku ini amat sukar dijajahi melainkan ditelusuri dengan rentak WAJAH jalanan itu......

Dibangkitkan rasa kerasaan itu pabila telah membuahkan iman di hati yang mencerminkan peribadi dari segala bakti. Di sini di saksikan baginya untuk mentaati dari sekalian inderawi bagi menghidupkan rasai yang menjamin dirinya itu di dalam kandungan maknawi. Sejurus itu pabila di dapati tiada baginya usaha dan ikhtiar maka kembalilah si arakian menjiwai kembali dirinya untuk memperlakukan taat itu di dalam usaha dan ikhtiar. Yang membolehkan usaha dan ikhtiar itu sendiri adalah kandungan maani yang mendukungi sifat salbiahnya sendiri. Sesungguhnya dari apa yang terdapat di sini hanyalah sebuah nukilan yang di terjemahkan melalui rasa dan perasaan yang sering kali timbul dan tenggelam dari kelemasan akli yang membawa erti kelemahan, dhaif, zalim, hina lagi sukar meninggalkan maksiat........

diamkan segala geri
yang mahu diuji
kemanakah di bawa pergi
adakah mentaati
lalu buangkanlah segala pasti
yang berhadap terhadap diri
lalu hilangkanlah segala segi
dari keupayaan mengikuti mati


Continue >>>