Ku Persembahkan Karya Hati ku Buat Tatapan Diri ku Yang Asyik Syok Sendiri.

My Starz

SalaM

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya... Surah al Alaq 1-5....







zakirlazarus@gmail.com





Telusuri Rentak WAJAH Itu


LANDSKAP ROHANI



Ketika di tiup nyawa bagi sang jiwa tertutuplah sekalian jasad bagi membolehkan hidupnya ruh untuk membuktikan saksinya di alam syahadah. Ketika maseh lagi teringat akan janjinya maka si arakian mula membangkitkan berahinya untuk sentiasa tunduk brlaku taat kepada khaliqnya. Yang di utuskan baginya adalah sebuah kegagalan yang membawa akan faham baginya akan ikhtiar dan usaha bagi menghidupkan kembali kematiannya. Sesungguhnya tiadalah yang diketahuinya melainkan sentiasa membakar jiwanya bagi menjernihkan keupayaannya untuk mendaki kembali ke tempat asalnya. Walau telah keluar segala kehendak inginnya terhadap sesuatu yang lain namun usaha ikhtiarnya menghasilkan kesia-siaan dari kerana tiadanya penyerahan baginya. Jalanan yang berliku-liku ini amat sukar dijajahi melainkan ditelusuri dengan rentak WAJAH jalanan itu......

Dibangkitkan rasa kerasaan itu pabila telah membuahkan iman di hati yang mencerminkan peribadi dari segala bakti. Di sini di saksikan baginya untuk mentaati dari sekalian inderawi bagi menghidupkan rasai yang menjamin dirinya itu di dalam kandungan maknawi. Sejurus itu pabila di dapati tiada baginya usaha dan ikhtiar maka kembalilah si arakian menjiwai kembali dirinya untuk memperlakukan taat itu di dalam usaha dan ikhtiar. Yang membolehkan usaha dan ikhtiar itu sendiri adalah kandungan maani yang mendukungi sifat salbiahnya sendiri. Sesungguhnya dari apa yang terdapat di sini hanyalah sebuah nukilan yang di terjemahkan melalui rasa dan perasaan yang sering kali timbul dan tenggelam dari kelemasan akli yang membawa erti kelemahan, dhaif, zalim, hina lagi sukar meninggalkan maksiat........

diamkan segala geri
yang mahu diuji
kemanakah di bawa pergi
adakah mentaati
lalu buangkanlah segala pasti
yang berhadap terhadap diri
lalu hilangkanlah segala segi
dari keupayaan mengikuti mati


0 comments: